Sign In

    FAQs



    01/ How to register and what are the qualifications to join ICF Programs?
               Bagaimanakah cara untuk mendaftar dan apakah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk menyertai program ICF?

    All information on the entry requirements for ICF Programs are available in ICF website at www.ei.gov.bn/icf and the registration can be done through online at TVeCAS, https://ibte.edu.bn/tvecas/ upon announcement to the public.

    Semua maklumat mengenai syarat-syarat kelayakan untuk menyertai program ICF boleh dilayari di laman sesawang ICF, www.ei.gov.bn/icf dan pendaftaran boleh dibuat secara online melalui laman sesawang TVeCAS, http://ibte.edu.bn/tvecas/ apabila pengambilan dibukakan dan diumumkan kepada orang ramai. 

    02/ Does ICF offer part-time programme?
             Adakah ICF menawarkan program sambilan?

    All ICF programs are on full-time basis. However, ICF does offer short courses run by IBTE Continuing Education and Training (CET) such as Kitchen Assistant and Restaurant Attendant.

    Kesemua program ICF adalah program sepenuh masa. Walaubagaimanapun, ICF ada menawarkan kursus-kursus pendek yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Lanjutan IBTE seperti Pembantu Dapur dan Pelayan Restoran.

    03/ How does the ICF programs differ from the previous programs run by the technical and vocational schools?
              Apakah perbezaan diantara program terdahulu yang dijalankan disekolah teknikal dan vokasional dengan program yang baharu di bawah ICF?

    The ICF programs are more focused into hands-on training than theoretical whereby most of the programs are designed in collaboration with the industry. Under ICF Program, the trainees will be given Conditional Offer of Employment (COE) during their training.

    Program ICF lebih menumpukan kepada latihan praktikal, yang mana objektifnya ialah untuk meningkatkan kemahiran praktikal para pelatih dan membuatkan mereka lebih bersedia untuk bekerja. Program ICF juga telah direka dengan kerjasama dari pihak industri agar ianya memenuhi kehendak industri. Di bava program ICF, pelati juga akan diberikan Surat Tawaran Bekerja Secara Bersyarat (COE) semasa di dalam latihan.

    04/ Is there any fee to enrol or join ICF Programs?
             
    Adakah perlu membayar yuran untuk mendaftar atau menyertai program ICF?

    Yes, the fees vary according to the programs enrolled and as set by IBTE. For further clarification IBTE Headquarters is contactable at 2425555

    Ya, bayaran yuran tertakluk kepada program seperti yang telah ditetapkan oleh IBTE. Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi Ibu Pejabat IBTE di talian 2425555.

    05/ Can Permanent Resident (PR) join the programs?
             
    Bolehkah permohon yang berstatus Penduduk Tetap (PR) menyertai program ini?

    Yes. However, there is a minima fee to be paid as set by IBTE. For further clarification IBTE Headquarters is contactable at 2425555.

    Ya. Walaubagaimanapun, başaran minima akan dikenakan seperti yang telah ditetapkan oleh IBTE. Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi Ibu Pejabat IBTE di talian 2425555.

    06/ Do I have to pay back if I fail the exam more than twice?
             
    Adakah saya dikehendaki untuk membayar balik yuran dan elaun yang telah diberikan jika saya gagal dalam peperiksaan lebih daripada 2 kali?

    Any repayment matters are subject to the terms and conditions of IBTE. For further clarification IBTE Headquarters is contactable at 2425555.

    Sebarang kes pembayaran balik adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak IBTE. Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi Ibu Pejabat IBTE di talian 2425555.

    07/ Can I still apply for ICF programs if I have medical issue?
             
    Bolehkah saya memohon untuk menyertai program ICF jika saya mempunyai masalah kesihatan?

    The applicants must declare any medical issues and enrolment into the program will depend on filtration process done by IBTE and the specific requirement for each of the program.

    Pemohon adalar dikehendaki untuk menisytiharkan sebarang masalah kesihatan yang dihadapi dan kemasukkan kedalam program ICF adalah tertakluk kupada proses penapisan pihak IBTE dan keperluan tertentu bagi setiap program.

    08/ Will there be any allowances provided during the training?
             
    Adakah elaun akan diberikan ketika menjalani latihan?

    Yes, training allowance will be provided throughout the training duration. Transportation allowances will also be provided but is subjected to eligibility through the criteria set by IBTE.

    Ya, elaun latihan akan diberikan disepanjang tempoh latihan. Manakala elaun perjalanan akan diberikan kepada mereka yang berkelayakkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh IBTE.

    09/ Will there be hostel provided during the training for those who live in other districts?
             
    Adakah kemudahan asrama disediakan semasa latihan bagi pemohon yang tinggal di daerah lain?

    Hostels will be provided subject to availability and the criteria set by IBTE.

    Kemudahan asrama adalah tertakluk kepada kekosongan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak IBTE

    10/ Will enrolling into ICF program confirm employment after completion of programs?
             
    Adakah program ini menjamin perkerjaan apabila tamat latihan?


    Yes, trainees will be given Conditional Offer of Employment (COE) during their training. However, confirmation of employment will be based on successfully completing the training program, have no disciplinary and attendance issues and must be physically and medically fit.

    Ya, penuntut yang mengikuti program ICF akan diberikan Surat Tawaran Berkerja Secara Bersyarat (COE) semasa dalam latihan. Walaubagaimanapun, tawaran pekerjaan hanya akan sah apabila penuntut memenuhi syarat yang di tetapkan iaitu berjaya menamatkan latihan tanpa isu disiplin, mempunyai kedatangan yang mencukupi dan juga tiada masalah kesihatan.

    11/ If I face difficulties/issues with my COE Company, what assistance can I get from ICF?
             
    Jika saya menghadapi sebarang masalah/isu dengan syarikat yang telah menawarkan pekerjaan (COE) kepada saya, apakah bantuan yang dapat diberikan oleh pihak ICF?

    You may contact us directly by email at icf@energy.gov.bn or by phone call at 2384488 ext. 3045 to raise any difficulties/issues and difficulties, which will be treated on case by case basis. ICF will also cooperate with Local Business Development (LBD) Team to further investigate on the matter especially when it is related to local workers employment welfare.

    Awda bolehlah menghubungi kami melalui emel di icf@energy.gov.bn atau melalui telefon di 2384488 ext. 3045 jika awda mengalami sebarang permasalahan dengan syarikat COE awda. Pihak ICF akan menyelesaikan sebarang isu dan masalah dengan sebaik mungkin dan akan menanganinya secara kes demi kes. Pihak ICF juga akan bekerjasama dengan pihak LBD untuk membuat siasatan yang lebih lanjut mengenai permasalahan tersebut terutama sekali jika ianya berkaitan dengan kebajikan pekerja-pekerja tempatan.

    12/ What will happen to my COE if I want to further my study?
             
    Apakah yang terjadi kepada Surat Tawaran Bekerja Secara Bersyarat jika saya ingin melanjutkan pelajaran?

    The Conditional Offer of Employment (COE) will automatically become invalid. The employment offer is also void when the trainee left the program.

    Surat Tawaran Bekerja Secara Bersyarat yang diberikan akan serta merta menjadi tidak sah. Tawaran ini juga akan dibatalkan apabila penuntut meninggalkan program tersebut.

    13/ Can I change to another program once I get enrolled?
             
    Bolehkah saya menukar ke program yang lain setelah berjaya mendapat tawaran kemasukkan?

    Trainees are not allowed to change their program after enrolment i.e once registered to the program. Request for change of program will only be considered before enrolment subject to the following factors:

    ​i.   Applicant meets the entry requirements of the requested program;

    ii.  The availability of quota of the requested program; and

    iii. Approval from the respective Head of School to release and accept the trainee.


    Pelajar adalah tidak dibenarkan untuk menukar program selepas pendaftaran telah dibuat. Permohonan untuk mengubah program akan hanya dipertimbangkan sebelum pendaftaran, tertakluk kepada beberapa faktor seperti berikut:


    i.     Pemohon memenuhi semua syarat kemasukan program yang dikehendaki.

    ii.    Kuota program yang diminta masih mempunyai kekosongan; dan

    iii.   Bergantung kepada Ketua Sekolah untuk mempertimbangkan sebarang permohonan untuk pertukaran program.

    14/ Can I join ICF Program if I am already married? What happened to my studies and COE if I am pregnant? (For woman)
             
    Bolehkah saya mengikuti program ICF jika status saya sudah berkahwin? Apa akan terjadi dengan kursus dan COE saya jika saya hamil? (untuk perempuan)

    IBTE and ICF Program welcomes applications regardless of martial status. If a married trainee becomes pregnant during her study, she may either continue with her study or may defer it until the following academic year/semester. In such cases, the final decision (including if deferral is granted) is subject to the decision made by the Academic Board of the respective schools.

    If a married trainee becomes pregnant during industrial placement, she may either continue with her work or may defer it until the following academic year/semester. In such case, the final decision is subject to the decision made by the school's Academic Team of the respective school and the employer, on the basis of working environment, health and safety reasons.


    Program ICF dan pihak IBTE mengalu-alukan permohonan tanpa mengira status perkahwinan. Sekiranya seorang pelajar yang sudah berkahwin didapati hamil dalam waktu pengajian, dia boleh memilih untuk meneruskan pengajiannya atau menangguhkan ke semester berikutnya. Dalam kes sedemikian, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada Lembaga Akademik sekolah.

    Sekiranya seorang pelajar yang sudah berkahwin hamil semasa penempatan perindustrian, dia boleh meneruskan kerja atau menangguhkannya sehingga semester berikutnya. Dalam kes demikian, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Ahli Akademik sekolah dan majikan atas dasar sebab persekitaran kerja, kesihatan dan keselamatan.

    15/ Can I choose the company for my COE?
             
    Adakah saya dibenarkan untuk memilih Syarikat untuk COE saya sendiri.

    Trainees will be given the opportunity to choose their preferred company during Market Day before they completed the training.

    Pelatih akan diberi peluang untuk memilih syarikat COE yang anda kehendaki semasa Market Day yang akan diadakan sebelum menamatkan latihan.

    16/ Am I allowed to choose to work offshore as the salary seemed to be better?
             
    Adakah saya dibenarkan untuk memilih bekerja di offshore memandangkan gajinya yang lebih menarik.

    This depends on the companies contractual requirements.

    Ini adalah tertakluk kepada keperluan kontrak syarikat tersebut.